Khamis, 9 Jun 2011

Tajuk kajian:

Institusi Pentadbiran Tempatan

Majlis Daerah Raub




Senarai kandungan.
Perkara/tajuk                                                                                         Muka surat
Tajuk kajian
Senarai kandungan
Penghargaan
Objektif kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
-          Institusi pentadbiran
-          Latar belakang
-          Peranan
-          Pekembangan
Rumusan
Lampiran
Rujukan
 Penghargaan.
     Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini akhirnya telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada  Encik Rahman bin Sani selaku Guru Mata Pelajaran Sejarah yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan Kerja Kursus Sejarah sebaik ini.
     Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada bapa saya iaitu Encik Zakaria bin Ishak dan ibu saya iaitu Puan Foziah binti Mohamad kerana membantu saya dari segi kewangan dan dorongan yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.
    Akhirnya, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan sekajian saya iaitu Amirul Asyraf bin Ibrahim yang telah membantu saya mencari serta mendapatkan maklumat untuk Kerja Kursus Sejarah ini.
     Tanpa sokongan padu daripada pihak mereka, mana mungkin Kerja Kursus Sejarah ini dapat disiapkan dengan jayanya.









Objektif kajian.
     Dengan membuat kajian ini, saya berharap dapat memahami apakah matlamat, objektif, misi, visi, carta organisasi serta senarai pentadbiran Majlis Daerah Raub.
     Objektif kudua adalah saya berharap dapat mengatahui tentang latar belakang penubuhan Majlis Daerah Raub, selain itu, saya jua ingin mengatahui tentang peranan dan tanggungjawab bidang tugas pentadbiran beserta dengan pelantikan pegawai tempatan.
    Objektif yang terakhir adalah saya ingin mendalami tentang peranan dalam bidang ekonomi dan sosial. Disamping itu, saya dapat mengatahui tentang perancangan  masa hadapan tentang pembangunan daerah ini.











Kaedah kajian.
Untuk menjalakan tugusan ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu:
  1. Kaedah melawat tempat kajian.
-          Saya telah melawat sekitar Daerah Raub di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Raub. Saya talah mendapat banyak informasi tentang apa tujuan penubuhan taman reaksi, Dataran Raub dan hospital
b.      Kaedah melayari nternet
-          Saya telah menggunakan kaedah melayari internet untuk mencari maklumat di laman web Majlis Daerah Raub. Saya telah mendapat banyak maklumat yang boleh dimuatkan dalam kerja kursus ini. Antara yang saya telah dapat melalui laman web adalah latar belakang, visi, misi dan banyak lagi.
c.       Kaedah menganalisis dokumen
-          Saya telah menggunakan kaedah ini untuk mengatahui sumbangan Majlis Daerah Raub. Antara dokumen yang dapat saya cari adalah surat khabar.







Dapatan kajian.
Institusi pentadbiran tempatan:
Nama rasmi dan nama ringkas
Nama rasmi institusi pentadbiran ini adalah Majlis Daerah Raub dan nama ringkas Majlis Daerah Raub ialah MDR.

Lokasi
Lokasi pentadbiran Majlis Daerah Raub adalah merangkumi 110.31 kilometer persegi iaitu Pusat Bandar, Pekan Dong, Sungai Ruan, Pekan Teras, Pekan Cheroh, Tranum, Kampung Sungai Chetang, Kampung Sungai Lee dan Sungai Klau. Selepas itu, kawasan MDR telah diperluaskan dengan mengambil keseluruhan kawasan Bukit Frazer dan lain-lain kawasan kecuali kawasan hutan simpan berkuatkuasa pada 7 Disember 1998, Jilid 51/27, No. GN 1082, Pelan PW. No. 3270. Oleh yang demikian, peluasan keseluruhan kawasan Majlis Daerah Raub bertambah daripada 110.31 kilometer persegi kepada 138.359 kilometer persegi dan kawasan beroperasi adalah seluas 96.279 kilometer persegi
Objektif
Terdapat lima objektif  Majlis Daerah Raub ditubuhkan. Antaranya adalah untuk memastikan  MDR memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Selain itu adalah  untuk menentukan pembangunan mengikut undang-undang, rancangan struktur dan rancangan tempatan serta dasar - dasar kerajaan.
Objektif yang seterusnya adalah menentukan warga MDR mempunyai tahap kompetensi yang cemerlang.Objektif keempat adalah menentukan kedudukan dan pengurusan kewangan MDR sentiasa kukuh dan telus.
Terakhir adalah untuk melibatkan penyertaan masyarakat dalam perlaksanaan pelbagai program dan projek MDR - Local Agenda 21. 


Visi
Visi Majlis Daerah Raub adalah menjadikan Majlis Daerah Raub sebagai sebuah PBT yang unggul, sejahtera dan mampan menjelang tahun 2013.
Misi
Misi MDR pula adalah memastikan Majlis Daerah Raub menyediakan persekitaran bersih, pembangunan terancang dan perkhidmatan cemerlang berteraskan pengurusan yang berkualiti dan berintegriti.
Carta organisasi dan senarai pentadbir.
Pentadbiran ini diketuai oleh Yang Dipertua Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamad Ali. MDR dibahagikan kepada jabatan, unit dan bahagian. Terdapat enam jabatan dalam pentadbiran ini antaranya adalah Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian, Jabatan Perancangan Pembangunan Dan Landskap, Jabatan Kawalan Bagunan dan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Dan Perbandaran. Jabatan Khidmat Pengurusan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Penguatkuasa. Jabatan Perancangan Pembangunan Dan Landskap pula di bahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Perancangan Pembangunan dan Bahagian Landskap. Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Dan Perbandaran juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Perkhidmatan Masyarakat Dan Perbandaran serta Cawagan Bukit Frazer. Dalam pentadbiran MDR terdapat empat unit iaitu Unit Audit Dalaman, Unit Undang-Undang, Unit Perhubungan Awam atau Korporat dan Unit Pusat Setempat(OSC). MDR diisi oleh seramai 187 orang kakitangan dan pembahagian mengikut taraf jawatan. Seramai 157 orang adalah jawatan tetap, 8 orang jawatan kontrak, 15 orang jawatan sambilan, 5 orang jawatan SKS dan jawatan kader seramai 2 orang.
Lihat lampiran muka surat 15
Latar belakang 
Sejarah penubuhan
Raub merupakan salah satu bandar pelancongan Negeri Pahang Darul Makmur. Keindahan alam semulajadi menjadikan bandar Raub tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.
Majlis Daerah Raub telah ditubuhkan melalui warta kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 04 Jun 1981 Jilid 34/12, No. Gn 339, Pekan No.Pw 1236 yang berkuatkuasa pada 01 Julai 1981. Ianya merangkumi kawasan seluas 110.31 kilometer persegi. Oleh yang demikian perluasan keseluruhan kawasan majlis telah bertambah menjadi 977.207 kilometer persegi.
Kawasan Majlis Daerah Raub telah diperluaskan dengan mengambil keluasan Bukit Fraser dan lain-lain kawasan dalam daerah Raub kecuali kawasan hutan simpan berkuatkuasa pada 07 November 1997 melalui Warta Kerajaan negeri Pahang Darul Makmur bertarikh 31 Disember 1998, Jilid 51/27, No GN 1082, Pelan NO. PW. 3270.
Disamping itu, beberapa perubahan dilakukan terhadap organisasi Majlis Daerah Raub di mana yang beroperasi sebelum ini diletakkan di bawah jabatan-jabatan.

Undang-undang kecil
Dalam pentadbiran ini terdapat 14 undang-undang  kecil. Antaranya adalah Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Keselahan) Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah Raub) 1983.
Kedua,  Undang-Undang Kecil (Mengkampoun kesalahan-Kesalahan) Jalan,Parit dan Bangunan (Majlis Daerah Raub) 1983
Ketiga, Undang-Undang Kecil Bayaran Pelan dan Permit (Majlis Daerah Raun) 1983
Keempat.Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Daerah Raub) 1983
Kelima,Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (Majlis Daerah Raub) 1984
Keenam, Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Tempat-Tempat Makan (Majlis Daerah Raub) 1986
Ketujuh,Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Daerah Raub) 1986
Kelapan, Undang-Undang Kecil Pelesenan Trend, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Raub) 1987
Kesembilan, Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Raub) 1987
Kesepuluh, Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis Daerah Raub) 1987
Seterunya adalah,Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Daerah Raub) 1989
Selain itu, Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (Majlis Daerah Raub) 1990
Kedua akhirnya adalah, Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Daerah Raub) 1992
Terakhir adalah, Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Daerah Raub) 1998

Perincian peranan / tanggungjawab bidang tugas pentadbir
Terdapat beberapa perincian peranan dan tanggungjawab bidang tugas pentadbir Majlis Daerah  Raub. Antaranya adalah bertanggungjawab mengutip cukai taksiran, lesen perniagaan dan pengiklanan.
Selain itu MDR juga bertanggungjawab merancang, melaksana serta mengawalselia pembangunan selaras dengan rancangan struktur negeri pahang, rancangan tempatan dearah Raub dan dasar-dasar kerajaan .
Selain itu, MDR juga berperanan untuk menyelaras dan memberi kerjasama kepada jabatan-jabatan lain serta pihak swasta untuk membangunkan sesuatu  kawasan dalam pelbagai program.
Seterusnya MDR juga mengawalselia aktiviti pelupusan sisa pepejal oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) dan pembersih bandar serta kawasan operasi.
Di samping itu Majlis Daerah Raub juga berperanan untuk mengawalselia dan menguatkan perkhidmatan kawalan makanan, premis jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit bersama pejabat kesihatan Dearah Raub.
Bukan itu sahaja, MDR jua memantau dan meyelaras aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Peranan seterusnya adalah mempertingkatan keindahan kawasan Majlis Dearah Raub di samping memelihara dan memulihara landskap semulajadi yang sedia ada.
Terakhir adalah mewujudkan kemudahan-kemudahan yang berkualiti dan perkhidmatan- perkhidmatan asas dan awam bagi keselesaan penduduk setempat dan pengunjung.

Cara pelantikan pentadbir tempatan.
Pentadbir tempatan dilantik oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Peranan
Majlis daerah berperanan dari pelbagai aspek antaranya dari aspek ekonomi, kebajikan, kemasyarakatan dan aspek perayaan.
Dari aspek ekonomi MDR telah banyak mendirikan kawasan pembangunan untuk dijadikan kawasan perdagangan. MDR juga mengeluarkan lesen perniagaan. Kepada sesiapa yang mahu berniaga tidak kira di pekan sehari atau di tempat lain mereka harus mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak Majlis Daerah Raub. Hasil daripada jualan lesen perniagaan itu MDR mendirikan lagi bangunan untuk perniagaan dan pembangunan yang lain.
Dari segi kebajikan pula, MDR telah banyak membina kawasan rekeasi seperti taman permainan, padang golf dan juga padang. Bukan itu sahaja, hospital, balai polis dan juga balai bomba juga terdapat untuk kemudahan penduduk di sini dan keselamatan penduduk terjamin.
Selain itu, Majlis Daerah juga berperanan dari aspek kemasyarakatan. MDR berkerjasama dengan pihak hospital untuk meningkatkan kualiti kesihatan penduduk yang tinggal dalam daerah ini. Contoh aktiviti yang dijalankan adalah kegiatan menyembur nyamuk aedes. Dengan ini, nyamuk yang berbahaya kepada pendudukan dapat dicegah daripada terus berluasan dan menyebabkan ada yang mati kerana nyamuk ini. Kerja-kerja ini dilakukan di perumahan dan kawasan tangungan air. Sebelum aktiviti ini dijalankan, notis akan ditampal untuk memberitahu tentang aktiviti ini. Selain itu MDR, juga menggunapakai undang-undang kecil bagi menjamin keselamatan penduduk contonya seperti undang-undang kecil (Mengkampoun kesalahan-Kesalahan) Jalan,Parit dan Bangunan (Majlis Daerah Raub) 1983. Undang-undang kecil ini digunapakai untuk memastikan supaya sebarang aktiviti pembangunan dijalankan dengan baik sehingga tidak menyebabkan banjir kilat berlaku akibat daripada longkang yang dibuat tidak dapat berfungsi dengan baik.
Disamping itu, MDR jua berperanan dari aspek perayaan. MDR juga mengadakan pelbagai perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan lain-lain. Perayaan ini dijalankan dengan penuh gilang-gemilang dan pelbagai jenis makanan yang disediakan untuk para tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Contonya seperti perayaan tahun baru cina, tahun ini, 2011 yang diadakan bertempat di Dataran Raub yang berada di hadapan Pusat Pentadbiran MDR. Dalam majlis itu banyak makanan yang disediakan dan diadakan dengan meriah sekali. Majlis ini turut dihadiri oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'ain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah iaitu sultan Pahang.
Perkembangan
Pelbagai perkembangan yang berlaku sekitar Daerah Raub sejak ia di takbir oleh Majlis Daerah Raub. Antara perkembangan yang telah dilakukan adalah seperti dari aspek pembangunan prasana dan fizikal, pengiktirafan dan penghargaan, sumber kewangan dan sasaran dan harapan.
Perkembangan yang berlaku dari aspek pembangunan prasana dan fizikal adalah MDR telah mengadakan inap desa. Sesetengan penduduk di situ lebih cederung menjadikan rumah milik mereka sebagai inap desa. Inap desa dalam konsep yang sebenar adalah penginapan yang membabitkan sekurang-kurangnya sepuluh buah rumah secara berkelompok dan dipenuhi dengan pengisian melambangan imej serta identiti kawasan itu sebagai tarikan pelancong. Lokasi yang strategik yang dipenuhi dengan ciri-ciri tradisional sebagai identiti unik masyarakat di situ yang berpontensi menarik pelancong ke daerah ini. Ini adalah antara usaha yang dilakukan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi luar bandar dan mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan. Penduduk yang terlibat juga harus berusaha membawa imej dan amalan hidup masyarakat setempat sebagai identiti yang boleh memberi pendapatan menerusi kebanjiran pelancong asing ke kawasan ini. Inap desa ini juga akan dibuka di Kampung Gali Hilir selain daipa Sungai Pasu.
Selain itu, dari aspek pengiktirafan dan penghargaan pula, MDR telah diberi sijil pelaksanaan iaitu telah melaksanakan Sistem Petunjuk Pretasi Utama (KPI). Ini menunjukan bahawa MDR menjalankan pentadbirannya dengan baik sehingga memdapat siil pelaksanaan ini. Selain itu, MDR juga mendapat sijil kelulusan dari ‘Lloyd’s Register Quality Assurannce’ kepada piawan-piwan sistem penurusan kualiti yang merangkumi penyediaan perkhidmatan merancang, membangun pembangunan, penilaian tanah dan hartanah, pelesenan, kewangan dan menguatkuasa undang-undang. Selain itu, MDR juga mendapat sijil pencapaian piawan-piawan alam sekitar. Untuk mendapatkan penghargaan ini, MDR telah mengamalkan 5S iaitu Sisih, Sapu ,Susun, Seragam dan Sentiasa Amal.
Perkembangan dari segi sumber kewangan pula adalah MDR telah bertambah sumber kewangan kerana telah banyak bangunan untuk perdagangan dibina. Sumber kewangan MDR adalah daripada kutipan cukai harta benda dan pintu kecuali cukai tanah. Selain itu, MDR juga mendapat wang daripada lesen-lesen kedai kopi dan penjaja. Di samping itu, MDR juga mendapat wang daripada Kerajaan Negeri Pahang. Dengan bersumberkan kewangan ini MDR melakukan pembangunan seperti taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan mengindahkan kawasan daerah ini. Bertambah banyak sumber kewangan, bertambah pembangunan yang didirikan untuk keselesaan penduduk dalam Daerah Raub ini.
Sasaran dan harapan agar MDR terus berjaya mencapai matlamat, visi dan misi Majlis Daerah Raub. Semoga menjelang tahun 2013, Majlis Daerah Raub akan menjadi sebuah PBT yang berjaya berdasarkan strategi dan pelan tindakan yang dirangka di samping program bersama masyarakat selain mewujudkan bandar selamat. Di harapkan juga MDR akan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan kebekesanan sistem pengurusan kualiti MS ISO 900:2000 dan mencapai iltizam untuk melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap bagi memenuhi keperluan pelangannya.
Rumusan.
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan.

Pengkajian terhadap institusi seperti Majlis Daerah Raub ini membolehkan saya menghayati sejarah penubuhan, peranan Majlis Daerah Raub, sumber kewangan dan pembangunan fizikal dan prasarana di Daerah Raub.
Dengan menjalankan kajian seperti ini, saya dapat mengkaji kedudukan Majlis Daerah Raub secara menyeluruh. Kajian ini memberikan saya pengalaman baru dari segi mencari maklumat.  Saya juga memperolehi pengalaman baru dari segi wujudkan kerjasama antara rakan sekajian untuk mendapatkan maklumat. Saya  juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet dengan melihat laman web rasmi Majlis Daerah Raub iaitu www.mdraub.gov.my/.Saya juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini juga saya dapat menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen ‘1 Malaysia’ yang diwara-warakan kerajaan.
Saya amat berbangga mempunyai warisan institusi seperti Majlis Daerah Raub yang begitu tinggi nilainya. Di Daerah Raub, yang melibatkan pembangunan petempatan dan rakyat di sini hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau bersemangat kekitaan. Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Daerah Raub saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Perayaan yang berbilang kaum ini menunjukkan semangat perpaduan antara kaum di sini. Masyarakat yang bersatu padu akan membuatkan sesebuah negara menjadi aman dan damai selagi rakyatnya tidak berpecah belah.
Kajian ini juga telah menunjukkan Majlis Daerah Raub sedikit sebanyak telah menyumbang kepada ekonomi negara dan sosial masyarakat. Majlis Daerah Raub membuktikan bahawa institusi ini bukan sahaja memberi faedah kepada masyarakat di Raub, tetapi juga kepada negara. Negara yang aman dan damai akan membantu meningkatkan ekonomi negara.




















Lampiran.
a.













Gambar ini menunjukkan  Bangunan Plaza Serbaguna  Majlis Daerah Raub untuk pelbagai kegunaan. Dalam bangunan ini juga ada kedai untuk berdagang.









b.
























Peta ini menunjukkan perluasan kawasan  Majlis Daerah Raub 2002-2010
c.
























Di atas menunjukan carta organisasi Majlis Daerah Raub
Rujukan.
Akhar  Sinar Harian Daerah Raub.
7 April 2011 .
Muka surat lapan.

Buku Laporan  Prestasi Tahunan Majlis Daerah Raub
Tahun 2010

Laman web rasmi Majlis Daerah Raub
www.mdraub.gov.my/

















Esei patriotisme
     Integrasi nasional di sini bermaksud perpaduan kaum. Di negara kita, Malaysia, perpaduan kaum sentiasa menjadi asas penting kehidupan yang tenteram dalam negara yang berbilang kaum.
     Melalui kehidupan di Daerah Raub, yang peranan sebagai salah satu agensi ekonomi di Malaysia, MDR juga harus menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk dengan mengadakan bergotong–royong di setiap taman perumahan dalam daerah ini. Di samping bersama-sama meningkat ekonomi di Daerah Raub,  masyarakat dalam daerah ini juga hendak bekerjasama dan  tolong-menolong antara ahli masyarakat dalam  aktiviti yang diadakan. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat dan mencapai hasrat YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Satu Malaysia.
     MDR juga harus  meningkatkan lagi sefahaman dan perpaduan antara penduduk yang tinggal di bandar dan luar bandar dengan mengadakan kempen ‘Eratkan Hubungan Antara Orang Bandar Dan Luar Bandar’. Dengan demikian, kita boleh meningkatkan perpaduan yang bermula dari daerah negeri seterusnya negara, Malaysia.
     Selain itu, dalam melaksanakan peranan Majlis Daerah Raub juga, MDR juga mestilah mendenda dan mengkompaun kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Situasi ini boleh meningkatkan semangat  disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang yang harus dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat dalam daerah ini. Di samping  bekerjasama dengan Majlis Daerah Raub dan jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia  yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
      MDR juga harus berlaku adil dan bertimbang rasa dalam menjalankan pentadbiran. MDR juga haruslah memberi hak yang sepatutnya diterima oleh setiap kaum supaya daerah ini terus aman dan damai. MDR juga harus berlaku adil dalam membangunkan pembangunan di bandar dan luar bandar kerana dengan ini kita dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang mahu negara Malaysia maju menjelang tahun 2020 yang diilhamkan oleh mantan perdana menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr. Mathadir Mohamad.
     Integrasi nasional diperlukan kerana dapat mengekalkan perpaduan di Malaysia dan mengelakkan daripada berpecah belah seperti yang berlaku kepada Negeri Melaka akibat daripada sikap pilih kasih pembesar Tun Muthahir dan seterusnya masyarakat di Melaka berpecah belah dan Melaka tidak lagi menjadi suatu tempat yang aman dan damai. Begitulah yang terjadi kepada negara kita jika tidak bersatu padu.